SELAMAT DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 13 January 2012

KREATIF DAN UNIK












Tengoklah beberapa gambar di atas di mana dengan menggunakan jari dan dihias dengan pelbagai watak...kreatifkan:)

Tuesday 10 January 2012

SENI ORIGAMI


Seni Kreatif Origami

Masih ingatkah anda pada seni melipat kertas Origami? Origami adalah kesenian dalam melipat suatu kertas menjadi sebuah bentuk yang beranekaragam. Di bawah ini adalah beberapa contoh bentuk – bentuk origami:

Bunga

Gajah

Labah-labah

Belalang

PANDANGAN TOKOH


Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual Mengenai Kreativiti

1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti). Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.


2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika. Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.


E Paul Torrance (Father of Creativity)

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIF


TAHAP PERKEMBANGAN KREATIF

Perkembangan Kreativiti Fisher (1943)


5 Tahap dalam Pemikiran Kreatif;


Peringkat Rangsangan – beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu
Peringkat Penerokaan – pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik.
Peringkat Perancangan – melalui perancangan secara verbal & visual
Peringkat aktiviti – lakukan tindakan berdasarkan persoalan ‘ bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut
Kajian Semula – membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah dijalankan - untuk tujuan penambahbaikan.

Sunday 8 January 2012

Apa Itu Kreatif?


Apa itu Kreativiti?


Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada
‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan
pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.
Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat
menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia
memperlihatkan kemampuan manusia mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.”
Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”
“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be first to portray and give character to a role or part creation: An original product of human invention or imagination.”
“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing elements, disharmonies and so on; identifying the
difficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating the
results.” (Torrance, 1974)
Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid
berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh
dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:
1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern
of sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu
berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”




Kreatif tidak beerti kita hanya pada atas kertas sahaja,tetapi kita juga dapat melahirkan sebuah kreativiti itu melalui pelbagai dengan cara.Hal ini dapat dilihat seperti di atas.Melalui penggunaan cahaya kita dapat menghasilkan sesuatu yang menarik,inilah yang dinamankan kreativiti

Jenis-Jenis Warna

Warna - Unsur-unsur Seni Reka


Pengenalan Warna

1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia;
2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu
3 Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain.
4. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.
5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna

roda warna

Jenis-Jenis Warna

Warna Asas

warna asas - merah, biru dan kuning

1. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna
2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga
3. Mempunyai kuasa yang hebat
4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya

Warna Sekunder

warna sekunder - jingga, ungu dan hijau
1. Juga dipanggil warna kedua
2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
     Warna sekunder = warna asas + warna asas
3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
     a. Jingga = merah + kuning
     b. ungu = merah + biru
     c. hijau = kuning + biru

Warna tertier

warna-warna tertier

1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
    warna tertier = warna asas + warna sekunder
2. Warna tertier terdiri daripada
     a. biru ungu = biru + ungu
     b. biru hijau = biru + hijau
     c. kuning jingga = kuning + jingga
     d. kuning hijau = kuning + hijau
     e. merah jingga = merah + jingga
     f. merah ungu = merah + ungu

Apa itu seni?

Seni merupakan istilah yang sukar ditakrifkan memandangkan perkataan ini boleh digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain. Dalam istilah bahasa, seni bermaksud halus, cantik dan teknik. Akan tetapi, ada yang menterjemahkan seni sebagai sesuatu yang cantik, indah, baik, dan cerdik yang boleh ditanggap melalui pancaindera seperti mata dan telinga. Boleh dikatakan seni merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam era moden ini, seni juga melibatkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Ia merupakan bidang yang berupaya untuk penghasilan dan pencipataan sesuatu karya dan ciptaan untuk manusia semata-mata untuk keindahan ataupun sesuatu fungsi kegunaan yang tertentu. Jadi, seni adalah ilmu terhasil daripada budaya dan agama dalam menghasilkan sesuatu untuk tujuan pemujaan Tuhan, menyebarkan nilai-nilai budaya seperti pakaian, dan sebagainya. Seni juga terhasil daripada industri yang bertujuan untuk menghasil sesuatu yang berorientasikan keuntungan dan bercirikan komersil melalui penciptaan barang yang berguna dalam kehidupan harian.
Seni juga boleh dipandang dari segi nilainya. Sesuatu yang indah tidak boleh dinilai dalam sebutan harga, walaupun masih ada yang menjualkannya pada harga yang melambung tinggi. Nilai kesenian itu terus diturunkan kepada generasi yang lain di mana ia menjadi satu sejarah atau pantulan yang mengisahkan tentang masa silang.